Pengalaman Beli Iphone di Lazada

Pengalaman Beli Iphone di Lazada

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini adalah merupakan pengelaman saya yang pertama membeli barangan secara online mencecah sehingga 2k++. Biasa saya cuma membeli secara online paling tinggi pada harga RM200. Nak beli pun takut-takut berani, disebabkan Iphone out of stock kat Karamunsing Kota Kinabalu, Sabah sebab tu saya beli juga.

Saya beranikan diri untuk membeli (Original) Apple iPhone 6 16GB (Gold) pada laman rasmi Lazada. Seperti semua sedia maklum, Lazada adalah laman pembelian secara online yang terbesar di Malaysia.

Proses order adalah sangat mudah, dan pembayaran saya lakukan secara online melalui Cimb Clicks. Item yang saya order pada 28/2/2015 adalah (Original) Apple iPhone 6 16GB (Gold) dan Momax iPhone 6 / 6 Plus Clear Twist Back Case 0.6mm Ultra Thin.

Selepas 3-4 hari dari tarikh order dibuat Item yang saya terima hanya Momax iPhone 6 / 6 Plus Clear Twist Back Case 0.6mm Ultra Thin yang di hantar melaui perkhidmatan SkyNet. Manakala sehingga entri ini dipublish saya masih lagi belum menerima (Original) Apple iPhone 6 16GB (Gold) yang saya order bersama-sama dengan Momax iPhone 6 / 6 Plus Clear Twist Back Case 0.6mm Ultra Thin.

Lazada Malaysia Penipu?

Lazada Malaysia Penipu?

The most important thing untuk gain customer adalah trust. Saya berikan kepercayaan saya 100% dengan Lazada tetapi sehinggi kini masih belum lagi menerima item saya (Original) Apple iPhone 6 16GB (Gold) yang berharga RM2K++. Saya akan label Lazada sebagai penipu. Barang dah sampai kat tangan saya pada 17/4/2015. Lazada bukan penipu cuma kecuaian dari pihak penghantaran.

Saya ada cuba menghubungi pihak Lazada berkenaan item yang saya order. Tetapi tiada respon yang mereka berikan yang ada hanyalah auto Respon melalui email.

Autorespond lazada penipu

Usaha saya tidak terhenti disitu sahaja. Saya ada juga komen kat laman rasmi Facebook Lazada Malaysia. Berikut adalah jawapan yang saya terima dari mereka:

Komen Lazada mengenai Order saya


Hoho, masih dalam proses siasatan lagi. Macam detektif conan lah pula. Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai limitasi kesabaran tersendiri. Dah kira okey lah ni saya mula bising kat blog pada minggu 3 tempahan tak sampai-sampai lagi.

Entri ini akan kekal di google search engine sehingga kes ini berjaya di selesaikan oleh Pihak Lazada. Saya akan update dari semasa ke semasa mengenai perkembangan Order ini.

Berikut adalah kronologi tempahan yang saya lakukan di Lazada.


Nampak tak permainan kat situ, Update terhenti kat GDEX pada 04-03-2015. Entri ini sama sekali tidak bertujuan untuk menjatuhkan martabat Lazada sebagai shopping online yang Popular di Malaysia, Tetapi sebagai teguran ikhlas untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada.

UPDATE:
- 26/3/2015 Saya dah hubungi servis center lazada dan staff dia kata, barang yang saya order maybe hilang. Skrg diaorang tengah tunggu conformation dari pihak GDEX 24-48 jam. Saya dah mula geram. Barang mahal tak sampai2, barang murah cepat sampai.

- 31/3/2015 Staff yang saya call tak dapat bagi jawapan. Dia suh saya tunggu lagi 24 jam untuk semak status barang saya yang entah ke mana.

- 1/4/2015 Saya hubungi lagi servis center lazada, dan staff dia kata barang saya telah dihilangkan oleh pihak GDEX. Skrg dioarng dalam proses nak claim dr GDEX. Mungkin makan masa 5-7 hari baru dapat refund semula duit saya.

- 8/4/2015 Menghubungi pihak lazada untuk yang kesekian kalinya. Saya follow up berkenaan proses refund yang tak settle lagi. Mereka janji 5-7 hari, so tadi staff dia dah minta details akaun bank. Dia janji akan cuba selesaikan dalam masa 24 jam.

- 10/4/2015 Staff lazada ada call saya dan dia tanya sama ada saya nak proceed refund atau diorang hantar semula barang yg saya order. Saya kata kalau barang boleh sampai proceed kepada order kalau tak boleh sampai saya nak refund. Dia cakap In Syaa Allah sampai, sbb yang sebelum ni order saya xde masalah, yang masalah cuma pada proses penghantaran oleh GDEX.

Ker Lazada nak tuding jari kat GDEX, saya pun tak pasti. Yang pasti reputasi GDEX menurun sebab tak dapat delivery order saya. Nanti diaorang akan hubungi saya bila dh mula deliver order saya.

Pengelaman ini telah mengurangkan kadar kepercayaan saya terhadap LAZADA. Kalau diaorang selesaikan kes saya cepat tak apa juga, Ini dah masuk 40 hari dari tarikh bayar lagi tak selesai-selesai. Baru terhegeh-hegeh nak proceed penghantaran baru.

Kalau tak sampai juga penghantaran kali kedua ni, saya nak refund je lah. Penat dah tunggu macam orang bongok. Lepas ni kalau nak beli barang online kat LAZADA kena beli barang yang murah-murah je. Sebab sebelum ni saya ada beli casing iphone dalam RM35 x silap saya. Barang tu hanya makan 3 hari je terus sampai kat tangan saya. Bila beli iphone yang harga 2K++ tak sampai-sampai.

Hmmm , Sabo je lah, status skrg masih menunggu seperti orang bongok penghantaran kali ke 2 oleh pihak LAZADA.

Dapat email dari Lazada seperti berikut;

Returned item? What the fish, sy x pernah pun terima item macam mana nak return. Haha. Ker system Lazada memang macam tu bila item hilang/x sampai diorang akan assume return item utk proses penghantaran baru.

Di janjikan dalam email tersebut dalam masa 2 hari bekerja. Isnin & Selasa, So, di anggarkan saya bakal terima item tu Rabu or Khamis ni 16/04/2015. Bila item dh dapat saya akan update.

16/4/2015 Hari ni call lg cs lazada, nak follow up berkenaan status penghantaran. Dia kata barang tu expected akan sampai pada 23/4/2015.

17/4/2015 Barang yang dikirim melalui SkyNet buat kali kedua berjaya sampai ke tangan saya. Alhamdulilah kes sudah selesai. Barang yang saya beli dari Lazada dah sampai walaupun sebelum ini ada masalah pada penghantaran kali pertama melalui GDEX.

KESIMPULAN:
Beli online ni kena ada kesabaran yang tinggi jika ada berlaku sesuatu masalah yang tidak di jangka. Lazada adalah TRUSTED company online. Kalau ada masalah berkenaan order anda HUBUNGI mereka untuk FOLLOW-UP order anda. Kalau tak sampai diorang akan refund duit anda itu pun makan masa yang agak PANJANG BERJELA. Beli online ni ada kebaikan dan keburukannya, sendiri mau tau loh.

{ 45 comments.. read them below or add one }

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 27 March 2015 at 21:22
la..knpa kau bli online..nda takut ka..lagi2 iphone 6 tu jo..mahal gegila..harap dapatla brg tu kan..wlupn tpksa lmbt tunggu :)
Cik JariManis Cik JariManis 2 April 2015 at 00:12
T..T sakitnyaa hati ku baca..aduiii sabar ko yaa
aidil pakijan aidil pakijan 26 July 2015 at 20:46
barang tu konpem ori x??..warranti tu pulak dr local manufacturer atau apple punye?
Rahmad Bah Rahmad Bah 30 July 2015 at 14:23
Barang ori. Dh cek kat laman rasmi apple.
syarah zawawi syarah zawawi 1 August 2015 at 13:40
superbuy pun sama..servis lembab giler..order seminggu lebih x smpai2 lg..serik dah
Admin Msc Admin Msc 15 September 2015 at 13:45
kalau payment pakai online transfer, lazada guna nama mobile88.com sdn bhd ke. sebab ini yg keluar bila nk buatonline transfer. ade sape2 tahu tak
aidil pakijan aidil pakijan 15 September 2015 at 14:02
owhh..yg tu mmg nme company yg terlibat dlm transfer duit tu..mmg xde ape2 pon..jgn risau
Rahmad Bah Rahmad Bah 16 September 2015 at 20:21
yep lazada guna tu lah. Dont worry barang akan sampai klu dah buat payment. Ble call CS diorng utk follow up item yg dibeli
Nurul Syafika Nurul Syafika 22 September 2015 at 14:01
call CS lazada 03 86011888 takpernah angkat. dah almost 3week ni. hantar email benda sama je dia jawab, acano tu??
Jen Jen 8 October 2015 at 21:59
Beli SJCAM tapi tak dapat barang lagi.Dah sebulan.Status dah shipping.Contact shipper, barang tak masuk warehouse lagi @ takde barang pun nak dipos. Email, autorespon.Telefon-tak diangkat-angkat.AKhirnya complaint kat Aduan Pengguna.Tunggu dan tunggu dan tunggu lagi lah
fazrine fazrine 6 November 2015 at 18:14
pd aku kalu beli barang local lambat cepat insyaAllah sampai..tapi kalu beli barang overseas mmg jilake lazada nie...barang aku x sampai2 dah lebih 6 bulan...email customer service terus kasi tracking no...ujung2 check kata barang dh sampai..pala otak dia..nasib baek barang murah x ler aku meroyan banyak sangat :)
nurul izzati nurul izzati 12 November 2015 at 16:22
adoiii..risau plak nk order kat lazada mcm ny .... [-(
Mohd Rahimi Mohd Rahimi 16 November 2015 at 02:32
Hentah la... Lazada yg dlu bukanlah yg sekarang.
Mohd Affizul Abd Latip Mohd Affizul Abd Latip 19 November 2015 at 21:46
lain kali beli barang yang mahal guna cod. kalau byr terus cmtu la jadinya
nur syahirah nur syahirah 19 November 2015 at 23:41
ada yang rosak tak dekat telifon tu?
Rahmad Bah Rahmad Bah 25 November 2015 at 13:26
Takde rosak2 apa.. Barang sampai dlm keadaan yang still tip top..
Rahmad Bah Rahmad Bah 25 November 2015 at 13:28
Order je jangan risau. Yg penting Rajin FOLLOW UP..
MOHAMAD SOFI MUSTAFA MOHAMAD SOFI MUSTAFA 8 December 2015 at 06:19
Aduhh ..tkottt..kalau beli barang dengan harga 252 cepat x die hantar
AnonymousAnonymous 14 December 2015 at 23:18
Alhamdulillah, sejak berurusan dgn LAZADA dr thn 2014, tak ade sebarang masalah lagi. Barang paling mahal pernah beli, portable air conditioner (rm1.5k) & samsung tab kids (rm600)sampai dgn selamat dlm ms seperti mn yg telah dijanjikan.
Muhamad fadhil Hanif Muhamad fadhil Hanif 18 December 2015 at 13:10

Kalau nak beli handphone secara cod,,dia hantar barang tu sampai depan rumah ke???
hariz HARIZ hariz HARIZ 9 January 2016 at 20:18
Kalau cod area kedah smpai dak?
sabree hussin sabree hussin 16 February 2016 at 00:16
Saya pun kerap beli barang kat Lazada. GDEX tu memang kerap mengecewakan. Selalu lambat. Part Lazada dah bagus, delivery pulak problem.
apple Ayda apple Ayda 16 February 2016 at 18:52
Sya beli perfume kat lazada. Dia tlis ori pdahal perfume 2 xori gan color smua lain.. dala mahal dpt perfume cap ayam.sakitnya hati
apple Ayda apple Ayda 16 February 2016 at 18:52
Sya beli perfume kat lazada. Dia tlis ori pdahal perfume 2 xori gan color smua lain.. dala mahal dpt perfume cap ayam.sakitnya hati
farah farah 4 April 2016 at 11:49
Nak beli. Tp risau originality die. Huhu
Konz Reccena Konz Reccena 10 April 2016 at 12:19
I rasa ragu2 dgn handbag bowling mango yg i beli dr lazada 2 tahun lepas... nak pakai tak yakin rasa mcm tak ori je.. korg rasa beli handbag mango kat lazada ori tak???
Kimi Ziro Kimi Ziro 10 May 2016 at 17:39
This comment has been removed by the author.
Unknown Unknown 14 May 2016 at 10:59
Slalunye tmpoh smpai 2 bpe lme ea??
Core Prime Core Prime 14 May 2016 at 11:02
Slalunye tmpoh smpai 2 bpe lme ea??
mfazli mfazli 16 June 2016 at 00:28
aku memang tak percaya dengan online shop nih. kalau kat us banyak dan perkhidmatan memang sangat cepat. tapi banyak jugak barang2 yang tak ori walaupun kat us. kat sana diorang datang rumah ambil barang tak ori tu dan ganti dengan barang yang ori. kat malaysia tak pernah guna lagi dan tak yakin dengan perkhidmatan perhantaran di malaysia ni. pasal jiran2 ramai yang menyesal sesudah berurusan dengan online shop di malaysia ni.
fara fara 3 July 2016 at 21:57
Ko ni mmg xpenyabar kot. Biasa la benda lambat sampai. Aku beli order mcm2 kat lazada xde la kena tipu. Hardisk la, powerbank, macam2 la. Dr oversea pon ada. Lambat tu biasa. Kalau bli kat ebay lagi la lambat sbb smua dr luar negara kena masuk kastam dulu lagi. Tapi brg kualiti. Yang penting sabo kan.
Wanie Johari Wanie Johari 13 July 2016 at 20:53
Sy baru plan nak beli. Tapi murah sgt rase ragu2 pulak
MOHAMAD AZROL MOHD SIDEK MOHAMAD AZROL MOHD SIDEK 31 July 2016 at 17:13
Barang dpt ori?dri segi warranty boleh claim kt apple Malaysia atau di lazada sahaja?
MOHAMAD AZROL MOHD SIDEK MOHAMAD AZROL MOHD SIDEK 31 July 2016 at 17:19
barang yg dri import biase brape lama amek masa termasok shipping ke kita?
Cicie Peter Cicie Peter 9 August 2016 at 20:44
Gdex mmg menyusahkan. Order barang tapi kena ambik sendiri kat hq. Alasan alamat sukar nak hantar. Padahal lori, van dan motosikal gdex nampak lalu lalang kat jalan. Ingatkan beli online, barang akan sampai door step. Ni tak, kena turun, redah trafik etc... Tapi bukan online purchase dari lazada.
NAR NAR 10 August 2016 at 12:24
sampai . saya pernah beli dkt lazada . area pendang,kedah
itsmemyblog.blogspot.com itsmemyblog.blogspot.com 27 August 2016 at 14:13
X berapa pecaya ngan gdex..dulu order brg dia mrh kita sbb x jumpa alamat..kita pulak nk pg kutip dia kt tepi jln..
Nasrul Farizal Nasrul Farizal 8 October 2016 at 22:13
Saya pun ada pengalaman dengan GDEX yang bermasalah. Pengantaran lambat 2-3minggu walaupun dijanjikan hanya 3-5hari. Beli online melalui lazada tetapi pengahantaran menggunakan GDEX mmg lembap.
AnonymousAnonymous 23 December 2016 at 14:53
Sama la kita bad experience ngan Skynet..

Cite nya kat sini:

Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet
AnonymousAnonymous 4 May 2017 at 09:07
Kalu nak beli dari Lazada cari yg ada review, tapi tak bole percaya sepenuhnye, kalu komen dari 'Lazada Guest' baik2 saja, mesti 5 bintang punya, komen dia sama saja walaupun barang berbeza. Kita tak tahu apa KPI Lazada ni, kalu mengikut expected delivery tu 2 minggu, kalu masih in process patut pihak Lazada la berusaha selesaikan, tak perlu la tunggu customer call/query, kalu refund terus saja la ke bank, apapasal nak bagi voucher pulak. Kalu voucher tu 2x ganda takpa la jugak. Sesiapa yg tak puas hati barang tak sampai tu, write review teruk utk barang tu bagi 1 bintang je tengok keluar ke tak review tu.
Mimi Aida Mimi Aida 8 June 2017 at 12:09
produk2 kecantikan sprti serum, cream and etc dari Lazada ori tak?
siti zahidah siti zahidah 4 July 2017 at 22:25
bro, kalau beli phone secara installment , barang dapat on the spot ke habis bayar baru dapat barang ?

Terima Kasih sudi tinggalkan komen.