Cara Transfer Duit Melalui Maybank2u

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tutorial kali ini adalah berkenaan dengan bagaimana untuk transfer duit melalui Maybank2u ke Akaun Bank Maybank lain dan ke Bank lain. Saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk melakukannya.

Perkara yang WAJIB anda lakukan adalah menghasilkan akaun Maybank2u seperti yang saya kongsikan pada artikel lepas. Setelah anda selesai menghasilkan akaun maybank2u berserta TAC barulah anda boleh ikut tutorial ini.

Langkah 1:
Login Ke akaun Maybank2u anda

Login Ke akaun Maybank2u anda

Masukkan username Maybank2u anda kemudian klik next

Setelah itu anda perlu memasukkan password anda dan klik login.

Langkah 2:
Anda akan di bawa ke paparan halaman utama setelah berjaya login

halaman utama maybank2u

Perhatikan pada bahagian sebelah kanan iaitu Quick link, pilih Transfers kemudian klik GO

Langkah 3:
Pilih jenis transfer yang anda akan lakukan
Pilih jenis transfer

1 - New 3rd part account transfer

Klik pada pautan yang berlabel 1 sekiranya anda ingin melakukan transfer ke akaun Maybank yang lain

New 3rd part account transfer
Masukkan segala details yang diperlukan kemudian klik continue. Setelah itu anda perlu request tac dan masukkan TAC yang dihantar pada no tel anda.

2 - New Interbank fund transfer

Klik pada pautan yang berlabel 2 sekiranya anda ingin melakukan transfer ke akaun BANK yang lain

New Interbank fund transfer

Dalam tutorial ini saya menggunakan akaun CIMB sebagai demo. Pilih jenis BANK kemudian klik continue..

Anda perlu memahami mode transfer yang anda mahu lakukan
New Interbank fund transfer Mode IBG
Instant Interbank Fund Transfer - IBFT
Proses transfer akan berlaku secara terus tanpa perlu menunggu masa pemprosesan ke akaun lain. Transfer mode seperti ini dikenakan cas sebanyak RM2.12 termasuk GST.

Giro Interbank Fund Transfer - IBG
Proses transfer akan memerlukan sedikit masa untuk diproses barulah di kreditkan ke akuan yang anda masukkan. Transfer mode dikenakan cas sebanyak 11sen termasuk GST

Jadual penerimaan duit sekiranya transfer pada mode IBG
 Jadual penerimaan duit mode IBG

Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama penerima, no akaun, recipient reference. Setelah itu klik Continue

Langkah 4:
Request TAC maybank2u

Klik request a TAC number, kemudian anda akan menerima no TAC dari system maybank2u yang dihantar ke no tel anda yang berdaftar dengan Maybank2u. Masukkan No TAC tersebut kemudian klik Confirm.

Langkah 5: (Optional)
Transaksi anda telah berjaya di lakukan. Anda boleh print resit sebagai rujukan anda. Dengan adanya akaun banking online anda bebas melakukan pembelian/transfer online tanpa berbaris di mesin ATM.
Print resit sebagai rujukan

Demo tutorial ini adalah dalam mode IBT. Sekiranya anda menggunakan mode IBFT pada bahagian status anda akan lihat Successful manakala pada mode IBT status: Accepted (your transfer in process) menandakan transaksi berjaya anda lakukan.

{ 11 comments.. read them below or add one }

shameel Iskandar shameel Iskandar 31 March 2016 at 21:03
sekarang ni segala urusan menjadi senang dan mudah. Kita perlu memanfaatkannya.
nordin osman nordin osman 15 June 2016 at 10:48
BAGUS PENERANGAN ANDA. SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN ANDA.
Nur Iman Nur Iman 24 July 2016 at 04:01
tq sgt2..byk membantu new user maybank2u cm sy ni :)
Nur Iman Nur Iman 24 July 2016 at 04:03
tq sgt2..byk membantu new user maybank2u cm sy ni :)
Agent Tiket Murah International Agent Tiket Murah International 30 August 2016 at 19:28
Assalamualaikum
tumpang share admin

Anda memerlukan servis kami
Sila whatsap kami :
+60107670389
Insya allah kami bantu, dengan cara mudah.

✅ Servis transfer uang cepat ke luar negara, proses 5 - 30 mnt, tanpa potongan, Cara buat pembayaran yg mudah, bankin ke acc maybank2u yg kami berikan, kami dpt segera proseskan, anda tdk perlu buang ms yg bnyk.
Screen shot bukti transfer kami berikan.

✅ Servis booking tiket flight, detail E-ticket kami reply melalui email.

✅ Servis booking tiket feri stulang laut johor to batam/tnjng pinang, detail E-tiket kami reply melalui email.

Apa2 boleh whatsapp : +60107670389

Insya allah dpt mpermudahkan segala urusan, dan mungkin dapat berguna untuk anda.

TQ...
Izyan Yan Cinnamon Izyan Yan Cinnamon 31 August 2016 at 21:23
thz buat tuto ni.sangat membantu..terima kasih daun keladi admin :)
azwa collection azwa collection 12 October 2016 at 22:53
kenapa bila saya login maybank2u dan nak transfer hanya ada perkataan transfer to own acc sahaja ? nak transfer ke bank lain tu tiada kenapa?
AnonymousAnonymous 29 December 2016 at 12:12
macam mana receipient email & other payment details ni? perlu diisi jugak ke???

Terima Kasih sudi tinggalkan komen.