Cara Cancel Order Di Lazada Malaysia

Cara Cancel Order Di Lazada Malaysia

Hari ini saya mahu kongsikan pengelaman pertama cancel order di Lazada Malaysia. Punca saya cancel order kerana item yang saya mahu beli tu lambat pula nak kena proses oleh kerana item tersebut dari oversea.

Saya tergoda dengan diskaun yang di berikan oleh Lazada sehingga terlupa untuk melihat expected date item itu akan sampai ke tempat saya.

Oleh kerana takut dengan pengelaman beli iphone 6 item import dari oversea yang lambat sampai tu berulang kembali, so saya decide untuk cancel order (IMPORT) Nikon AF-S DX NIKKOR Lens 35mm f/1.8G

OPTION 1: Cara Cancel Order Di Lazada

Langkah 1:
Pegi Ke laman Contact Us Lazada >> http://www.lazada.com.my/contact/

Langkah 2:
Cara Cancel Order Di Lazada
Isikan maklumat yang di perlukan kemudian klik SEND

OPTION 2: Cara Cancel Order Di Lazada

Langkah 1:
Call CS Lazada Malaysia

03 8601 1888
You can call us during our working hours:
Monday - Friday: 8am - 9pm
Weekends and Public Holidays: 9am - 6pm

Cakap dengan staff yang bertugas yang anda mahu cancel order anda, nyatakan no order anda dan sebab apa nak cancel.


Langkah 2:
Setelah bercakap dengan staff yang anda hubungi tadi, anda akan menerima details di email yang berdaftar di Lazada untuk memasukan maklumat akaun bagi pemulangan semula wang anda.
Cara Cancel Order Di Lazada

Langkah 3:
Cara Cancel Order Di Lazada
Klik Submit dan anda telah pun berjaya memberikan maklumat untuk proses refund

Cara Cancel Order Di Lazada
Saya Cancel Order pada 19 Dec 2016
Cara Cancel Order Di Lazada
20 Dec 2016 duit saya telah pun di kembalikan semula mengikut harga item yang saya cancel beli kerana mengambil masa agak lama dari segi penghantaran.

0 comment... add one now

Terima Kasih sudi tinggalkan komen.