Cara Bayar PTPTN melalui PBe Bank

Cara Bayar PTPTN melalui PBe Bank

Berikut adalah langkah-langkah bayar ptptn melalui Public Bank Berhad dengan JomPay PTPTN. Bayar melalui JOMPAY antara cara yang lebih mendapat sambutan kerana tidak terdapat cas yang dikenakan jika di bandingkan bayar melalui transfer yang dikenakan RM1.06 setiap kali pembayaran PTPTN di lakukan.

Langkah 1:
Cara Bayar PTPTN melalui JomPay PTPTN
Pergi ke http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/index.php Masukan no IC anda kemudian klik CARI

Langkah 2:
Cara Bayar PTPTN melalui JomPay PTPTN
Dapatkan Biller Code dan Ref-1

Langkah 3: (Melalui PBe Bank)
Langkah 3: (Melalui PBe Bank)
1. Log In PBe Bank Online Banking
2. Pilih Payment > JomPAY > To Other Bill (sekiranya belum set to Favourite)
3. Pilih akaun
4. Masukkan Biller Code
5. Masukkan Reference No. 1
6. Masukkan Reference No. 2
7. Masukkan amaun
8. Tekan Accept (skrin seterusnya akan minta PAC, masukkan no. PAC dan Submit)

Nota: Setkan Biller Code kepada Favourite. Lepas ni tak payah nak masukkan balik all the details balik semula.

Langkah 4: Untuk set pembayaran secara automatik.
Langkah 4: Untuk set pembayaran secara automatik.

Seksyen pertama.

1. Pergi Account > Standing Instruction > Create e-SI
2. Pilih jenis transaksi (Bill Payment To Favourite JomPAY)

Langkah 5: Untuk set pembayaran secara automatik.
Langkah 5: Untuk set pembayaran secara automatik.
 Seksyen ke-2.

3. Pilih Biller Code yang dah set kepada Favourite tadi.
4. Klik Check Box dan tekan Next.

Langkah 6: Untuk set pembayaran secara automatik.
Langkah 6: Untuk set pembayaran secara automatik.
Seksyen ke-3.

1. Pilih Akaun.
2. Masukkan amaun (Tak perlu dah nak masukkan details lagi sebab dah set Favourite)
3. Set tarikh untuk pembayaran ingin mula dibayar/ditolak dari akaun anda.
4. Set kepada bulanan (Monthly)
5. Set kekerapan pembayaran nak dilakukan. Sekiranya nak bayar sampai hujung tahun, kiralah berapa bulan lagi sebelum tarikh pertama pembayaran akan dilakukan.
6. Selesaikan macam biasa, minta PAC no. semua tu.

Nota: Transaksi ini boleh diubah/dibuang sebelum pembayaran dilakukan. Once pembayaran dah dibuat, duit dah tak boleh selamat. Boleh set email/mesej untuk alert kita yang pembayaran dah dilakukan/duit dah ditolak. Untuk semakan transaksi, boleh pergi dekat akaun, dan cek transaksi tersebut semula.

Kredit: Aare Adha

0 comment... add one now

Terima Kasih sudi tinggalkan komen.