banner
banner
banner

18 August 2017

Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB

Tutorial kali ini saya akan kongsikan bagaimana menambah simpanan AMANAH SAHAM BUMITPUTERA (ASB), AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (ASW 2020), AMANAH SAHAM MALAYSIA (ASM), AMANAH SAHAM DIDIK (ASD), AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1Malaysia), AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2 (ASB 2) melalui portal rasmi MyASNB.

Sebelum ini saya pernah kongsikan Cara Transfer duit ke akaun ASB melalui maybank2u dan Cara Transfer Duit ke Akaun ASB melalui CimbCliks. Kedua-dua cara ini masih boleh di gunakan namun ia mengambil sedikit masa bagi mengemaskini nilai pelaburan anda yang terkini.

Berbeza dengan menambah simpanan ASB melalui MyASNB, nilai pelaburan anda akan dikemaskini secara terus pada portal MyASNB apabila proses transaksi FPX yang anda lakukan berjaya.

Sekiranya anda ingin menggunakan cara ini untuk menambah pelaburan ASB, anda wajib memiliki akaun MyASNB. Sila ikut tutorial Cara Daftar Akaun myASNB dengan mudah jika anda belum lagi mendaftar pada portal rasmi myASNB.

Berikut adalah Langkah demi Langkah untuk tambah Pelaburan/Simpanan ASB anda

Langkah 1:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB

Log masuk ke akaun myASNB anda kemudian klik pada bahagian transaksi

Langkah 2:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB

Klik pada bahagian pelaburan tambahan

Langkah 3:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB
Klik SETUJU

Langkah 4:

Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB
Klik Checkbox kemudian klik SETERUSNYA

Langkah 5:

Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB
Klik Chechbox saya mengesahkan bahawa dan memahami..... kemudian klik seterusnya

Langkah 6:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB

Masukan jumlah yang anda mahu labur Kemudian klik HANTAR

Langkah 7:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB
Jawab YA atau TIDAK

Langkah 8:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB
Request kod TAC kemudian masukan kod TAC pada ruangan yang di sediakan. Klik SETERUSNYA

Langkah 9:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB
MyASNB menggunakan perkhidmatan FPX Perbankan Internet. Anda boleh melihat sendiri senarai bank yang merupakan ahli FPX. Setelah itu klik PROCEED TO PAY

Langkah 10:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB
Dalam tutorial ini saya gunakan maybank2u. Masukan alamat email kemudian klik agree and continue

Langkah 11:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB


Login ke maybank2u seperti biasa.

Langkah 12:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB
Klik Continue

Langkah 13:
Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB
Klik reques TAC kemudian masukan no TAC seterusnya klik CONFIRM

Cara Tambah Simpanan ASB Melalui MyASNB

Tahniah anda telah pun berjaya menambah simpan ASB melalui MyASNB secara online. Masa anda lebih jimat kerana tidak perlu lagi beratur di pejabat ASNB.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
banner