banner
banner
banner

15 August 2017

Tips: Keperluan dan Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu

Tips: Keperluan dan Persediaan Mendaki Gunung Knabalu

Baru-baru ini aku ada lakukan pendakian ke Gunung Kinabalu bersamaan dengan 12 Ogos 2017. Alhamdulillah sepanjang perjalanan cuaca agak baik dan tidak sama sekali membantutkan perjalanan menawan puncak Kinabalu. Korang boleh baca pengelaman ringkas mendaki gunung Kinabalu untuk ketahui lebih lanjut.

Senarai Keperluan (WAJIB ADA)
  1. Baju Sejuk - Kalau korang target sampai puncak sebelum matahari terbit maka aku sarankan bawa baju sejuk jenis tebal. Baju Sejuk cari jak di bundle boleh dapat dalam harga RM30-RM40
  2. Sarung Tangan - Guna sarung tangan yg jenis tebal & kalis air. Waktu pendakian dari laban rata ke low peak, suhu terlalu sejuk di tambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.
  3. Kasut Hiking - Kasut Hiking ni jenis tapak yang kasar. Aku mula2 guna kasut jogging sahaja tapi jalan agak lecak so aku tukar ke kasut adidas kg (RM9 sahaja) sebagai kasut backup aku.
  4. Stokin - Bawa stokin dalam 3 pasang. Bagi yang pakai kasut adidas kg pakailah stoking 2 lapis untuk mengelakkan kaki melecet. Stokin yang tebal berfungsi sebagai span yang mampu melindungi kaki anda dari melecet.
  5. Head Lamp - Head Lamp wajib di gunakan ketika memulakan pendakian ke low peak kerana keadaan jalan agak gelap dan anda hanya bergantung kepada pencahayaan dari head lamp.
  6. Mask/Mafla - Benda ni akan di gunakan semasa mendaki ke puncak. Kalau angin kuat lagi lah sangat2 perlu.
  7. Beg Waterproof - Tak semestinya kena guna beg waterproof. Be creatif, guna beg biasa sahaja pun boleh tapi anda kena sediakan plastic sampah yang warna hitam sebagai pembalut beg sekiranya hujan lebat semasa pendakian. Atau anda boleh gunakan beg penutup waterproof. Yang penting beg dilindungi dari terkena hujan.
  8. Baju Hujan/Payung - Aku lebih prefer menggunakan payung kerana pergerakan menjadi lebih mudah jika di bandingkan menggunakan baju hujan pergerakan menjadi kurang selesa.
  9. Tuala Kecil - Di gunakan untuk lap2 peluh. Boleh juga di gunakan untuk lap2 tubuh badan bila berada di laban rata. Atau di gunakan semasa mandi (jika mampu) di laban rata.
  10. Pakaian 2 Pasang - Cukup sekadar bawa pakai tshirt lengan (panjang/pendek), seluar 2 pasang. Seluar dan tshirt boleh pakai 2 lapis jika terasa sejuk semasa melakukan pendakian ke low peak jam 2.30 pagi.
  11. Berus Gigi/Ubat Gigi - Bawa lah demi haruman yang lebih menyerlah ketika berbicara.. Hehe
  12. Beg Pingang (Proch Beg) - Di gunakan untuk letak telefon, dompet, makanan tambahan, dll.
  13. Makanan Tambahan - Makanan tambahan perlu di bawa untuk menyuntik tenaga dalam tubuh badan anda. Kalau aku 100% cuma bawa coklat sahaja dengan botol kecil air mineral. Air boleh refill menggunakan air gunung. Terdapat banyak makanan tambahan yang mengandungi kalori yang tinggi boleh anda bawa.
  14. Ubatan - Benda ini agak penting juga seperti panadol activefast/soluble, minyak gosok, dan ubat persendirian yang boleh di dapatkan di farmasi.
Senarai Keperluan (Optional)
  1. Tongkat - Kalau anda percaya dengan kekuatan fizikal yang anda ada, maka tidak perlulah bawa atau sewa tongkat mendaki. Sebenarnya tongkat ini sangat membantu bagi mereka yang masih lg belum cergas/fit. Kemungkinan kaki anda akan krem semasa turun jika tidak menggunakan tongkat.
  2. Lip Balm - Bagi mengelakkan bibir pecah
  3. Beg plastik - Untuk simpan pakaian basah
  4. Power Bank - Untuk charge telefon, di laban rata juga terdapat soket jadi anda boleh bawa charger jika sebagai pengganti power bank.
  5. Kamera - Untuk merakaman setiap detik perjalanan anda menawan puncak kinabalu.
  6. Topi - Sebagai pelindung dari sinaran cahaya matahari
  7. Speak Mata Gelap - Untuk tampil lebih bergaya.

Persediaan Fizikal & Mental
Memang tidak di nafikan persediaan fizikal dan mental sangat-sangat penting sebelum mendaki gunung kinabalu.

Aku yakin orang yang langsung tiada buat sebarang persediaan fizikal berkemungkinan hanya mampu sampai ke Sayat-Sayat sahaja.

Antara jenis-jenis persediaan fizikal yang anda boleh lakukan adalah seperti berikut:
  1. Jogging - Jogging mampu membantu anda untuk menguatkan otot2 pada bahagian paha, kaki dan betis anda.
  2. Hiking - Hiking bukit2 yang rendah mampu melatih fizikal anda untuk menghadapi pendakian yang lebih mencabar.
  3. Aktif Bersukan - Jika anda seorang yang aktif bermain badminton, bola sepak, atau jogging. Anda mungkin tidak akan mengalami masalah menawan puncak gunung Kinabalu.
  4. Squat - Squat adalah jenis senaman yang sangat berkesan dan mampu menguatkan otot Gluteus maximus (glutes), quadriceps (quads). Aku cuma amalkan senaman ini sahaja kerana ianya mudah dan boleh di lakukan di mana2 sahaja.
BODY-WEIGHT SQUAT
BODY-WEIGHT SQUAT


BODY-WEIGHT JUMP SQUAT
BODY-WEIGHT JUMP SQUAT




PISTOL SQUAT
PISTOL SQUAT
 


WIDE-STANCE BARBELL SQUAT
WIDE-STANCE BARBELL SQUAT
BARBELL SIFF SQUAT
BARBELL SIFF SQUAT
BRACED SQUAT
BRACED SQUAT
 
DUMBBELL SPLIT SQUAT
DUMBBELL SPLIT SQUAT
 
GOBLET SQUAT
GOBLET SQUAT
 
Stamina sangat penting sekiranya anda bercita-cita menawan puncak Gunung Kinabalu sebelum matahari Terbit. Pemandangan seperti itu hanya mampu anda lihat sekiranya anda berjaya sampai ke puncak jam 5.40am atau lebih awal lagi.
 
Aktiviti yang mampu meningkatkan stamina anda adalah dengan jogging, zumba, berbasikal, atau apa-apa jenis senaman cardio yang di lakukan dalam tempon 30minit-1jam.
 
Persediaan Mental
Persedian mental ini sangat2 penting bagi mereka yang kurang dari segi kecergasan. Anda kena latih minda dan mental anda untuk terus berjuang. Bisik pada otak "YA AKU BOLEH" Sikit lagi untuk ke puncak walupun kekuatan fizikal anda sudah berada pada tahap maksimum.
 
Selain itu dengan hanya dengan mengamati sedikit demi sedikit bait bait lirik lagu Sayang kinabalu juga mampu menguatkan lagi semangat anda untuk tidak berputus asa.
 
"Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh
Hati saya rindu"
 
Apa2 pun semoga berjaya kepada mereka yang bakal mendaki gunung Kinabalu. Yakinlah anda mampu melakukannya. Pengelaman dan cabaran yang di tempuh semasa ingin menawan puncak gunung kinabalu sangat-sangat menyeronokkan.
 
Aku pun hairan kenapa terdapat pendaki yang sanggup repeat sebanyak 5-10 kali mendaki dan tawan puncak gunung kinabalu. Setelah aku tawan Puncak Gunung Kinabalu buat pertama kali maka baru aku faham kenapa ingin mendaki lagi semula oleh kerana pengelaman dan perjalanan pendakian itu sangat menyeronokkan lagi2 buat mereka yang gemarkan persekitaran semula jadi.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
banner