banner
banner
banner

25 September 2017

Cara Mudah Booking Tiket Flight Malaysia Airline Secara Online

Booking Tiket Flight Malaysia Airline Secara Online

Salam semua.. Nak bagitau  kat korang yang aku akan pergi bercuti naik Malaysia Airlines. Haha Jakunkannn. Yer lah selalunya aku naik Air Asia. Seperti yang korang sedia maklum,  Air Asia sememangnya popular dengan promo sana sini. Murah, banyak add ons dan berbaloi. Dalam setahun banyak juga promo free seats daripada Air Asia. Tapi  sebab teringin sangat nak naik Malaysia Airlines, terpaksa pejamkan mata masa nak bayar. Demi untuk mendapatkan pengalaman yang tak ternilai. Betul tak? Hehe.

Malaysia Airlines

Seperti korang tahu Malaysia Airlines ni sebuah syarikat penerbangan nasional Malaysia. Pulak tu kita ni Malaysian kan!!! Kena la try Malaysia Airlines. Malaysia Airlines menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih daripada 1,000 destinasi di lebih 150 buah negara. Haaaa cakap je korang nak pergi mana. Dengan Malaysia Airlines confirm boleh sampai. Hihi. Tambahan Malaysia Airline sediakan 3 pilihan untuk seat penerbangan yang selesa iaitu Econmy Class, Business Class dan First Class. Trip kali ni aku pilih Business Class.

Dah alang-alang naik tu, aku pilih la yang best sikit kan. Untuk Economy korang boleh pilih mana-mana seat yang korang suka. But available untuk tempahan dalam talian sahaja. As option, passengers still boleh choose tempat duduk secara percuma dalam tempoh 48 jam sebelum penerbangan melalui daftar masuk laman web Malaysian Airlines. Ada 2 jenis seat untuk Economy Class iaitu Premium dan Standard Seats. Premium Seats terletak beberapa baris pertama dan berdekatan kerusi keluar kecemasan. The rest of them are Standard Seats.


For Business Class, seat memang superb. Khabarnya selesa dan seat boleh kebelakangkan hampir 180 degre okeh. Haaa dah macam katil. Kalau kata tak selesa tu tak taula nak cakap. Siap ada kemudahan entertainment dalam flight wehhh. Antaranya TV, movie, radio dan siap boleh main game lagi. Selain itu, korang diberi kemudahan akses secara percuma di Golden Lounge Malaysia Airlines. Bolehla korang nak mandi ke, minum dan bersantai sambil melayari Wifi percuma sementara tunggu flight tu. Tak sabarnya nak naik nanti. Harap-harap aku takla jakun sangat nanti. Haha..

Business Class pun dah menarik ape tah lagi First Class kan!! Daripada apa yang aku baca, penumpang yang pilih seat ni boleh akses ke  Malaysia Airlines’ new fronted check-in lounge dengan perkhidmatan serba mewah di ruangan yang sangat selesa. Seperti Business Class, penumpang first class boleh tunggu penerbangan di Golden Lounge. Seat semasa penerbangan lebih luas daripada Business Class. Fuhh memang kena kumpul duit untuk cuba seat yang ni.

TRAVELOKA Malaysia

Masa aku nak buat tempah penerbangan Malaysian Airlines via online tak lah susah mana pun.  Aku book via Traveloka. Senang!! Pertama sekali korang pergi la laman web Traveloka. Nak lagi mudah buka melalui Traveloka App. Yang tiada tu boleh download cepat-cepat di Playstore handphone masing-masing. Free je kan. Aku mulakan misi pencarian dengan mengisi butiran penerbangan seperti destinasi, tarikh dan bilangan passenger. Dah tekan button search flight tu, senarai syarikat penerbangan, jadual penerbangan beserta harga tiket akan dipaparkan pada halaman hasil carian. Nak buat perbandingan senang, sebab list tu papar ikut kriteria yang korang nak seperti harga atau masa penerbangan.

Cara Mudah Booking Tiket Flight Malaysia Airline

Then pilih dan tempahla penerbangan yang sesuai dengan kriteria yang korang mahukan. Seterusnya korang dikehendaki mengisi maklumat hubungan dan butiran penumpang. Settle isi, korang dikehendaki memilih payment method iaitu sama ada bayar melalui kad kredit atau debit (Visa, MasterCard dan Amex credit cards). Method kedua, guna perbankan internet. Macam-macam bank boleh iaitu Cimb click, Maybank2u, PBE, Hong Leong connect, RHB Now, Bank Islam, Affin Bank, Alliance Bank, Ambank, Muamalat, OCBC Bank, Standard Chartered dan UOB. Cara terakhir bayaran tunai melalui 7 Eleven di store yang terpilih. Do not worry okey!! Transaction fully protected by secure socket layer of Rapid SSL authorized technology. Aku pon tak faham teknologi apa tu. Hahaha. Akhir sekali korang akan dapat E-ticket melalui E-mail yang telah didaftarkan selepas 60 minit bayaran dibuat. Selesai…

Korang nak tahu tak aku nak pergi  mana? Haaa tunggu. Aku share nanti after balik okey. Nak booking tiket Malaysia Airlines??? Jom cepat click sini utk malaysia airlines online booking tawaran terbaik. Bye korang!!!
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
banner